Hye! Assalamualaikum.. bersempena dgn bulan Ramadhan yg penuh barakah ni.. Cik Ruru nak share kt korg tntang solat sunat Tahajjud.. korg pnh bt Tahajjud x? msti pernah kan.. jom kita tgk serba-sedikit tentang solat tahajjud ni :)
Solat ini didirikan apabila terjaga dari tidur di antara 'Isya dan Subuh, walaupun tidur sebentar. Waktu yang paling baik ialah pada dua pertiga malam. Tiada had rakaat untuk mengerjakan solat ini. Memadai setiap dua rakaat dgn satu salam.
Solat ini sangatlah digalakkan berdasarkan firman Allah S.W.T:
" Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan perasaan takut dan menaruh harapan dan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan "
(surah al-Sajadah.32.Ayat 16)
korg tw x.. ape maksud "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya"? maksudnya.. mereka tidak tidur pada waktu biasanya orang tidur, utk mengerjakan solat malam.
Solat tahajjud ini juga merupakan perisai diri dari terkena penyakit. Buktinya..Alhamdulillah. Mama Cik Ruru xde penyakit pape pon.. percaye x?even umur Mama dah mencecah 40-an.haa..nak tw ape rahsianye.. rahsianye sbb Mama slalu amal solat tahajjud ni sejak dulu2 lagi..masa sebaya2 kita ni la..hehe..bukan solat tahajjud je..solat2 sunat lain pon..mama selalu amalkan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
" Dirikanlah solat di waktu malam kerana ia adalah ibadat yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh sebelum kamu dan ia juga merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan dan sebagaipenebus dosa dan juga sebagai perisai yang menghalangi diri dari terkena penyakit "
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Lafaz niat bagi solat ini ialah =>
أُصَلى سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala
Rakaat pertama => baca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua => baca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas.
Bila dah selesai solat.. bacalah doa ini..nak baca dalam arab boleh..dalam melayu pon boleh..janji kita faham..Allah pon faham..tapi Cik Ruru bagi doa dlm melayu jela ea.. kalau nak baca dalam arab jugak..tgk la kt mane2 buku..ok? hehe..
Doa selepas solat sunat tahajjud:
" Ya Allah, bagimu segala pujian. Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala pujian dan kekuasaan di langit dan bumi, alam semesta dan segala isinya. Bagimu segala kepujian, Engkau tuhan yang benar dan janjiMu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan para nabi itu adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah benar dan qiamat itu juga adalah benar. Ya Allah.. KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan kesalaham yang sebelumnya. Sama ada kesalahan itu yang terang mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Engkaulah yang terdahulu dan terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. "
Indah kan doa 2? seelok2nya.. hafal la yer... nnt senang..Cik Ruru pon tgh dlm proses nak menghafal doa ni..nnt senang..xyah nk tgk buku lg..hehe...bila kita amalkan doa ni..insyaallah. dgn automatiknya nnt kita akan terhafal doa ni dgn sndiri nya..mudah kn? Ok..sampai disini je entry bt kali ni..Cik Ruru harap korg smua bolehla amalkan solat tahajjud ni ea... Cik Ruru pon harap boleh istiqamah bt solat tahajjud ni..kita latih kita sebulan Ramadhan ni buat tahajjud. insyaallah nnt akan jd rutin buat kita...amin....
~ Selamat Beramal ~
0 comments:
Post a Comment