Duit Raya :) rasa2 dpt lg x????



Hye!! dh nk dkt raya ni kn.. esok cik ruru balik kedah.. kampung cik ruru yg terchenta..
 hehe.. tetiba terpikir plk.. layak ka umoq mcm cik ruru ni nk dpt duit raya? layak ka???



LAYAK???



haa.. kalau tgk dari segi umoq.. mmg r xlayak.. haha.. da tua bangka dh.. tapi.. mama ada ckp.. selagi x gheja.. x kawen.. selagi 2 la still layak dpt duit raya.. keh3... tapi kalau ditinjau2 balik kn.. cik ruru ni mmg layak pon.. tersangat2 layak.. hehe.. SATU.. sebab xgheja lg.. DUA.. sebab x kawen lagi.. TIGA.. sebab kecik mcm budak sekolah.. haha.. (perasan) ... so.. xdak owg prasan pon yg kita ni dh tua bangka.. haha.. untung oo jd kecik ni.. keh3.. kpd sape2 yg kecik2  mcm cik ruru nih.. SILA BERSYUKUR.. hehe...



bagi cik ruru.. duit raya 2 xpenting pon.. yg penting.. time raya ni la.. masa yg paling sesuai utk kita mengeratkn silaturrahim dgn sedara mara kita yg dkt.. yg jauh.. sedara yg jauh2 2 ada yg cik ruru xbrapa nk kenai g.. ziarah rumah member2.. mkn kuih raya, ketupat, lontong,mee kari,soto dan sebagainya.. 
(makan ja gheja) hehe..


tapi kn.. sebenaqnya.. makin kita tua besaq.. makin 2 la makin untung tw.. even xramai yg bg duit raya kt kita.. tapi kalau sekali dpt 2 pergghh.. xmain r seringgit.. haha.. nilai dia lain sikit.. adik kita dok jeling ja tgk kita.. dok buat muka xpueh ati.. hehe.. 


duit kembar :)


duit raya ni semua sedekah ja.. alhamdulillah la.. nnt raya2 akan dtg.. kita dh gheja... kita plk yg sedekah kt budak2.. ye dok?? hehe... 

ok la.. sampai sini jela kederat cik ruru nak menaip nih... 
pape pon.. cik ruru nk wish kt korg sume 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....    

MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
  
tata!!!



Tips utk melupakan seseorang


Hye! dh lama rsenye cik ruru xupdate blog nih..maklumlah. dh dekat2 raye nih.. mcm2 kne wat.. buat kuih.. beli baju raye.. hehe..

ok lah.. firstly.. cik ruru nk tnye nih.. korg penah bercinta AkA couple x? kalau still blh go through dgn relationship korg 2.. alhamdulillah la.. semoga kekal ke jinjang pelamin la yer.. :)

Tapi.. bagi sesiapa yg couple stgh jalan lps 2 clash  pon msti ade kn? then lps 2 korg mesti nak lupekn si  dia 2 kn?? tapi susah sgt nk lupe..nak tw caranye..hehe.. (cik ruru pon pernah gak) ok.. cik ruru ade tips yg blh share dgn korg.. ( dh berpengalaman la kata kn.. hehe ) tips2 ni la jugak cik ruru buat... jom kita skodeng tips2 kt bawah ni :




1. Think positif

Ni la benda first yg pling pnting utk korg buta  buat.. Mind set 2 penting.. mybe korg clash 2 sebab xde jodoh kan.. and 4 sure la.. Allah nk gantikan dgn yg lbeh baik utk korg.. haa.. so.. watpe nak pikir2 g pasal si dia 2..  nnt dapat lagi baik. lagi bagus kn?.. amin...



2. Buang semua yg ade kaitan dgn dia dlm hidup kita

haa.. kalau boleh la kan.. nk bg senang lupe kan si dia 2.. delete la semua yg ade kaitan dgn dia.. mcm FB, Twitter or smua pic2 dye.. haa.. and lg satu yg paling penting.. korang mesti delete no fon dia walaupun korg da hafal no dia..tapi delete jugak..kalau xdelete.. nnt korg asyik nk text je kt dia.. btl x? then, semua msg2 yg korg simpan dulu2... ( cik ruru tw msti korg ade simpan kn? ) delete!.. dgn cara ni.. insyaallah korg akan cepat utk lupa kn dia 2.. tapi kalau korg sayang nk delete.. agak susah la utk korg lupakn dia nih.. :)



3. Busy kan diri

nak tw x busy kn diri cane? contohnyer la.. korg main la game..kemas umah.. ber facebook ker.. haa.. chat ngn member2.. dgn 2 secara x langsung korg xkn ingat2 lg kt dye 2..lagi bagus kalau korg baca quran.. buat byk solat sunat.. qiamullail.. berzikir .. masa2 yg dulu banyak kita habiskn utk text or call dia kita ganti dgn habiskan masa utk Allah pulak... kalau ingat Allah dapat pahala.. tapi kalau kita ingat or rindu kt org yg xde pape kaitan ngn kite..xhalal utk kite.. dapat ape?? haaa....jawab3.. hehe.... 



4. Banyak mendekatkan diri kpd Allah

Ingatlah.. semua yg terjadi ni ada hikmah nya.. kalau clash pon semua 2 ade hikmah nya.. hikmah 2 sape yg bagi? Allah kan? so byk2 la mndekatkan diri kpd Nya.. dulu kita lalai dgn maksiat dunia.. zina hati. zina mata. semua menjurus kpd penzinaan.. astaghfirullah hal azim.. masih blum terlambat utk korang suci kan diri korg.. Allah still bg korg masa.. Insyaallah.. dgn mendekatkan diri kpdNya.. nnt Allah akan temukan korg dgn jodoh yg sebenar.. yg betul2 baik and sesuai dgn korg.. ingat janji Allah.. Lelaki yg baik utk Wanita yg baik.. :)




ok lah.. cik ruru rasa.. ni je yg dpt cik ruru share dgn korg.. cik ruru harap.. tips2 ni dpt la mmbantu korang utk melupakan someone 2.. even xbyk.. tapi bermakna kn?? hehe... sampai sini je k.. tata.. syg korang!!



Kategori Golongan Manusia dan Sembahyangnya :)


Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.


Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya..Jom kita check.. kita berada dlm golongan yg
mana:
I
I
I
I
V

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...wanauzubillah.


2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!


3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!



4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.



5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.



6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam  mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!



7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.




8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.



9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.



Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. 
Tepuk dada tanyalah iman :)

KehiduPan ~.~ http://www.emocutez.com

hye! korg sume!!  ape khabar? Insyaallah.. harap2 semua sihat la ye... entry kali ni Cik Ruru nak share ngan korg 1 nasyid yg sangat menyentuh hati...  bila Cik Ruru serabut dgn masalah... Cik Ruru dgr lagu ni..rase kurang cket masalah 2..   haa... hidup ni kalau xde dugaan pon.. xbest jugak kn?? xmencabar gitu.... jom sama2 kita dgr nasyid ni..


Klik sini utk dgr nasyid  tu


dah dgr? best kan? ha.. jgn lupa..setiap dugaan yg menimpa kita 2...semuanya tarbiah dari Allah.. Allah nak uji kita je.. nak tgk kita ni kuat ke x..INGAT!. Allah akan menguji hambanya berdasarkan kemampuan hambanya itu.. so.. kalau kita ada masalah.. Insyaallah kita dpt atasi semua masalah tu sbb Allah yg maha mengetahui segalanya.. Allah tau kita mampu.. sebab 2 Dia bg kita dugaan 2.. 


Jom kita hayati lirik nasyid ni :)

Kesenangan mendatang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jgn lupa daratan..

Gunakan kesempatan utk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita akan sama ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

So.. ingatlah...time kita susah ke.. senang ke.. mesti jgn lupa pd yg Esa.. jgn time susah je.. baru nak menangis2 minta tolong dari Allah..  time kita senang? boleh enjoy? TAK!! .. time kita senang pon.. kena jugak ingat Allah.. sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah berikan pd kita..  sembahyang jangan tinggal tau.. INGAT! bila2 je Allah boleh tarik nikmat yg Allah bg kt kita.. mati tak kira tua atau muda..
so.. gunakanlah kesempatan yg ada ni.. utk beribadah, memohon ampun kepadaNYA..ok? masih belum terlambat tau.. hehe.. byk pulak beleter kt cni..huhu ..

Ok la.. penat dah menaip nih..ni bkn beleter tau.. ni semua peringatan utk Cik Ruru sendiri and utk kwn2 semua...
SELAMAT berMUHASABAH DIRI..

tata... ^_^ .. Wassalam..

5 tanda hati menjadi keras


Hye! Assalamualaikum.. sedar tak sedar..kita dah sampai pertengahan bulan Ramadhan .. sekejap je kn? Haa.... entry kali ni.. Cik Ruru nak story pasal hati.. jom same2 kita check... adakah hati kita telah menjadi keras? 

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Solat sunat Tahajjud :)


Hye! Assalamualaikum.. bersempena dgn bulan Ramadhan yg penuh barakah ni.. Cik Ruru nak share kt korg tntang solat sunat Tahajjud.. korg pnh bt Tahajjud x? msti pernah kan.. jom kita tgk serba-sedikit tentang solat tahajjud ni  :)

Solat ini didirikan apabila terjaga dari tidur di antara 'Isya dan Subuh, walaupun tidur sebentar. Waktu yang paling baik ialah pada dua pertiga malam. Tiada had rakaat untuk mengerjakan solat ini. Memadai setiap dua rakaat dgn satu salam.
 Solat ini sangatlah digalakkan berdasarkan firman Allah S.W.T:

" Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan perasaan takut dan menaruh harapan dan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan "
(surah al-Sajadah.32.Ayat 16)

korg tw x.. ape maksud "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya"? maksudnya.. mereka tidak tidur pada waktu biasanya orang tidur, utk mengerjakan solat malam.

Solat tahajjud ini juga merupakan perisai diri dari terkena penyakit. Buktinya..Alhamdulillah. Mama Cik Ruru xde penyakit pape pon.. percaye x?even umur Mama dah mencecah 40-an.haa..nak tw ape rahsianye.. rahsianye sbb Mama slalu amal solat tahajjud ni sejak dulu2 lagi..masa sebaya2 kita ni la..hehe..bukan solat tahajjud je..solat2 sunat lain pon..mama selalu amalkan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

" Dirikanlah solat di waktu malam kerana ia adalah ibadat yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh sebelum kamu dan ia juga merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan dan sebagaipenebus dosa dan juga sebagai perisai yang menghalangi diri dari terkena penyakit "
(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Lafaz niat bagi solat ini ialah =>

Ø£ُصَلى سنة التهجد ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala

Rakaat pertama => baca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua => baca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas.

Bila dah selesai solat.. bacalah doa ini..nak baca dalam arab boleh..dalam melayu pon boleh..janji kita faham..Allah pon faham..tapi Cik Ruru bagi doa dlm melayu jela ea.. kalau nak baca dalam arab jugak..tgk la kt mane2 buku..ok? hehe..

Doa selepas solat sunat tahajjud:
" Ya Allah, bagimu segala pujian. Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala pujian dan kekuasaan di langit dan bumi, alam semesta dan segala isinya. Bagimu segala kepujian, Engkau tuhan yang benar dan janjiMu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan para nabi itu adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah benar dan qiamat itu juga adalah benar. Ya Allah.. KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan kesalaham yang sebelumnya. Sama ada kesalahan itu yang terang mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Engkaulah yang terdahulu dan terakhir. Tiada tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. " 

Indah kan doa 2? seelok2nya.. hafal la yer... nnt senang..Cik Ruru pon tgh dlm proses nak menghafal doa ni..nnt senang..xyah nk tgk buku lg..hehe...bila kita amalkan doa ni..insyaallah. dgn automatiknya nnt kita akan terhafal doa ni dgn sndiri nya..mudah kn? Ok..sampai disini je entry bt kali ni..Cik Ruru harap korg smua bolehla amalkan solat tahajjud ni ea... Cik Ruru pon harap boleh istiqamah bt solat tahajjud ni..kita latih kita sebulan Ramadhan ni buat tahajjud. insyaallah nnt akan jd rutin buat kita...amin....
 
~ Selamat Beramal ~

ragam di pagi hari...haha... ^__^

  
     Tanggal 14Ramadhan..seperti biasa, kami dikejutkan utk bgn bersahur...Di pagi hari yg masih kelam, ditambah pula dgn 'Air Cond' semulajadi ni, masing2 berasa sangat berat utk meninggalkan tempat beradu.. tp.. memikirkan tentang kelebihan bersahur.. kami gagahkan diri utk turun ke bawah.. ashrap, adikku yg baru berumur 7 tahun merupakan yang terakhir turun bersahur pada masa tu..tapi mcm pelik sikit...


Aku: aik..ashrap..awat pakai baju bighu, seluaq meghah?? (loghat kedah)
Ashrap hanya diam membisu dan hanya bermasam muka..biasalah..baru sedar dari alam fantasi..
Mama: biasala..semalam kan dia posa penuh...bukak posa minum banyak mana ayaq...habih la basah seluaq dia..
Aku: owh...paham2...2 la ashrap..minum ayaq 2 mcm xpnh minum setahun...haha...seluaq meghah...
Muka ashrap macam xpuas hati..haha..suka3!!



   Akhirnya.. kami sekeluarga berada di sidang meja makan utk bersahur... suasana sgt sepi pada ketika itu kerana masing2 muka seakan2 'bangun xsedar..tido xmahu' (peribahasa baru.. haha) Tiba-tiba Abah bersuara...maka tercetuslah perbualan antara kami...



Abah: ha... ashrap mesti puasa penuh tau hari ni...esk hari ahad kan..cuti..(sambil mengunyah kurma)..
Ashrap: ye bah.. (sambil menggosok mata) ..
Abah: baguih anak abah.
Muka ashrap sedikit berbangga..
Abah: ha..satgi sapa nk ikut abah p Sungai Penchala? ada oghang nk tgk ghumah abah 2... (muka ceria..hehe)
Aku: Alhamdulillah..dah ada oghang nak sewa... (bisik aku didalam hati)
Dgn pantas..ashrap mencelah. 
Ashrap: ashap3!!...ashap nk ikut..
Abah: Zazi nk ikut x?
Zazi: nthla..blh gk..(muka blurr)
Abah: ok.. kalau nak ikut..lepas soq kita p... subuh kt sana..kena p awai..sbb nnt oghang 2 nk p gheja.. takut xdan..ashap..p siap cepat.
Aku respect Abah..sbb Abah always fikir  tentang org lain.
Mama: xkan ashap nak pakai baju 2 kot..p tukaq baju len..
Dgn confidennye ashrap menjawab..
Ashrap: ok ma!!
Aku: Ala..pakai jela mcm tu..bkn nak p mana pon..dok dlm keta ja kan..
Mama: Aish..mana boleh..satgi depa nak p singgah sembahyang kat masjid..malu la..
Aku: Betoi gak kn..hehe
Beberapa minit kemudian.. ashrap pun turun dgn pantas..
Ashrap: Abah kejap bah!! Tunggu..
Aku: Haih!! ashrap! hahahahahaha....xkn ashap nak pakai camtu..
Mama terkejut. Fa yang sedang basuh pinggan di dapur terus berlari2 anak ke arah aku dan ashrap.
Mama: ish!! ashap..awat pakai cmni? pelik la!!..
Ashrap: ok la ni...ok kan ma? bis 2 mcm ni pelik x? (muka xbrsalah smbil memasukkan baju dlm seluar)
Mama: haish! merapu la...lagi la pelik.. ok pa pakai baju bighu.. seluaq kotak2 bighu!
Aku: Konon dia ingat dh matching la tu.. pandai gk ashrap ni matching2 kala..hahaha..lwk la ashrap ni..dh la dua2 baju sepasang..(baju pyjamas)
Zazi pon turun kebawah..
Zazi: oi!.. hg toksah dok bagi malu abah..p tukaq baju! (muka serius)
Fa: Sat2...ashap p la tunjuk kt abah dulu..
Ashrap: xmaula..malu... (muka malu2)
Fa: ha... taw pulak nak malu..tadi xmalu..p la tujuk kat abah..p la...(sambil menarik tangan ashap)
Ashrap: x mau3!!!
Ashrap terus berlari naik ke atas untuk menukar baju yang lain.
Fa dan Aku ketawa terbahak2.. bhahahahahahaha!!....
Mama: dah3..ashap pakai baju sembahyang la..satgi nk p sembahyang kan.. td bukan nak tanya mama..(sambil tersenyum)
Ashrap: hehe.. (senyum malu2)
Kemudian.. Zazi, Abah dan Ashrap pon bertolak ke Sungai Penchala.. hajat nak bertolak awal..jadi lambat gak. haha..semua ashrap la punye pasal..nasib baik sempat jumpa ngn orang tu..




  

Tamat



dari SekoLah => Matrik

Hye.. tgk tajuk kt ats 2..haa.. 2 la tmpat Cik Ruru menamba menimba ilmu..hehe...entry kali ni mybe agak panjang la jugak dr entry2 yg sblm2 ni..hehe..

Sekolah
dlu Cik Ruru skolah kt Smka Yan, Kedah...dr form 1 smpaila form 5..tw x ktne 2? xla feymes mna skolah 2.. hm..Cik Ruru byk sgt kenangan kt situ...sampai termimpi2 pon ade..huhu..
Ni la member2 Cik Ruru time skolah dlu.... IMYSM!
Cik Ruru syg sgt kt diorg 2...hehe...da lme xjumpa smua..diorg byk tlg Cik Ruru...Azzyati, Azah, Yana, Izzah, Atie, Fiza, Madi, Nisah dan ramai lg..xleh nk mention smua.. rmai sgt..hehe.. Cik Ruru ni bknnye bdk excellent kt skolah 2..tp berkat dari jasa diorg 2...Alhamdulillah...dpt jugak Cik Ruru dok kt tmpat skrg ni..thanks korg!!
haa.. ni la Cik Azah ngan Cik Yana...rindu sgt kt hmpa..hehe...
(dlu lps spm slalu p pasar beli ikan dgn Cik Azah..rindunya kt hg!!! hak3)
Cik Ruru tabik sgt kt cikgu Math Cik Ruru..wa..Azzyati..rindunye kt hmpa..dh brtahun xjumpa tw..dye sabar je ajar Cik Ruru add math..orgnye sopan je..lemah lembut..baik sgt... kdg2 Cik Ruru pnggil dye Panda.. Yela..dye comel ngat tw..
Ni la Cik Azzyati..comey kn?hehe...bila la blh jumpa lg...
msa dlu gak..Cik Ruru ade geng tw A.k.A kwn baik..along, madi, fiza, ana ngn nabila..slalu p mna2... msti ngan depa ni...even kls lain2..tp tetap kamcing..mkn sama2..p kls sama2...cuma time form4 ja trpisah sbb ana ngn nabila pindah p skolah lain...tinggal la Cik Ruru, along, madi ngn fiza..

fiza, nabila ngn ana.. <3
Alamak.. pic along ngn madi..Cik Ruru xde r...sori ea..huhu..pape pon hampa tetap melakut melekat kat hati Cik Ruru...hehe... 2 jela yg dpt Cik Ruru story psl zaman muda mudi dulu...

Matrik
wif zetty :)
matrik :)

masjid :)
ok..Lps SPM lak..Cik Ruru dpt masuk Kolej Matrikulasi Perlis (KMP).. mule2 Cik Ruru xsangka dpt matrik nih..hehe..mula2 xnk jugak...tp xpe la..da dpt masuk je....Alhamdulillah..mybe ade hikmah klau masuk matrik ni kn...kt matrik ni..Cik Ruru dpt kos account..(actually x minat pon.. haha..)

Mula2 takut jugak masuk matrik ni..yela...org lain smua pandai2..hehe...(humble jap) tp berkat prtolongan kwn2...lama2 takut 2 hilang..sikit demi sikit.. Aini (roomate) Cik Ruru la yg byk tlg Cik Ruru..smua subjek dye terer...even dye klas lain..dye still tlg Cik Ruru..Cik Ruru syg sgt kt dye... sbb dye la Cik Ruru blh survive kt matrik msa 2...dye gk byk bg nasihat kt Cik Ruru mse Cik Ruru ade masalah..Thanks Aini... T_T. I never forget you!! Love you soo much!
aini :)

Korg nk tw x? panggilan 'Ruru' dtg dr mane? dpt mse Cik Ruru stdy kt sni r...my twin Ilham yg panggil..owg smua ckp muke ktorg ni same..haha... dh la 1 bilik...kdg2 ade owg trsilap..diorg ingt Cik Ruru ni ilham pulak..hehe...pening2..
hurm.. munie pon roomate Cik Ruru gk..dye baik sgt..klakar...Cik Ruru suke sgt kwn ngn dye..da mcm family je ktorg kt matrik 2..even setahun je..tp mmg bermakna sgt2.. T_T..Cik Ruru rase..ktorg la roomates yg paling kamcing kt matrik dlu tw...syg korg!!!! 
muni, aini, ruru, ilham :)

ruru ngn ilham..same x?? hehe...
X lupe gak kt member2 kls Cik Ruru..sporting sgt tw...dlu Cik Ruru kls A5T4.. mira,aj,teha,dayah,huda,ain,zety,ida,hasnah,nierah,zue,nana,bella,iffa..4 org je hero kt kls nih..hehe..saddam, hairi, nas ngn iqbal.. happening giler r kls nih...hehe..klau kt kls..Cik Ruru kamcing dgn mira....dye baik sgt..pape pon dye byk tlg Cik Ruru...syg mira... =)


A5T4 :)
ain,iffa,zetty,bella,nierah(berdiri dr kiri)
huda,dayah,ruru,zue,teha(duduk dr kiri)
time lwn futsal :)

dayah ngn mira :)

zetty :) miss you!!!

ain,zetty ngn mira (time blakon B.i)

bella,zetty,nana,mira ngn iffa :)

mira :)

Ok! smpai sini je cite psl zaman matrik dlu ye..hehe...pnt dh menaip nih..hoho... Gtg..tata..
 Assalamualaikum... :)



10 KUNCI PERSAHABATAN YG BAIK.. ^__^


Hye! Korg sume ade sahabat x?? mesti ade kn..hehe...Cik Ruru pon ade.. so..entry kali ni..Cik Ruru nak share dgn korg tntang cara-cara utk membina persahabatan yg baik.. mesti bace tw! :)
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
 10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
 ok..senang kn nk jd sahabat yg baik? selamat beramal :)

http://www.emocutez.comTahun ni pecah rekod... x p Bazar Ramadhan pon tw..hehe....

ramai nyer manusia...hehe
Alhamdulillah...harini dh ckup 10 ari kte brpuasa...
korg caye x?? Cik Ruru x p bazar pon thn ni... bknnye ape...sbb kt umh ni da byk makanan... mama masak lg sodap la br kt bazar 2...klau ade pon...Cik Ruru tgk je bazar 2..x p pon....hehe....(hebat x) bangge r cikit...tahan2..lagi 20 ari je....

Selalunye kn...kite tgk..org klau p bazar 2..beli brlambak2...larat ke nk abis.... tp Cik Ruru pon klau p bazar konpem beli byk2 gk..hehe... tp 2 la..kite ni kena pndai kawal nafsu kite..klau x.. membazir..nnt x abis smua jd makanan En.Tong Sampah la jwbnyer...huhu....

Okla....Cik Ruru da maleh nk taip pnjang2 ni... kesimpulannye....nk p bazar 2 boleh..tp make sure.. jgn beli byk sgt....xelok membazir tw.. INGAT!! membazir itu amalan En.Syaitan..
ok?? tata..^_^


Hye!!! Welcome!! v (^_^) v

OMG3!! hehe.... Alhamdulillah.... akhirnye dpt jgk Cik Ruru bt blog ni..hehe...bukannye ape...Cik Ruru ni xrajen sgtla nk menaip bebanyak ni... al maklumlah...klau bace novel pon 3 taun baru abes...kah3..
anyway...Cik Ruru baru lg dlm bloger nih..hehe....to blogger2 yg dh lame BERblogger ..I hope u all can guide me k!!...tunjuk ajar ku sifu...ngeh3~~ actually bt blog ni sbb boring r ..xde mende nk wat..so wat blog ni bley la mrapu2 ckit.. bley isi masa lapang ni..btl x?? lastly.. SeLamAt MeNjaLanI iBadAh PuasA yer...
 ok GtG... tata.. ^^.